Paket ialah unit maklumat yang dihantar dari satu peranti ke peranti yang lain di dalam rangkaian.
Paket dibahagikan kepada beberapa bahagian, sebahagian daripada paket ini menyimpan maklumat-maklumat seperti alamat destinasi, alamat sumber, jenis paket, dan lain-lain butiran pentadbiran. Bahagian paket ini dipanggil sebagai kepala paket (packet header). Bahagian selebihnya pula mengandungi data sebenar yang dihantar dan bahagian ini dipanggil sebagai badan paket (packet body).
Kepala Paket biasanya akan bermula dengan kepala IP (IP header). Bentuk kepala IP adalah seperti yang ditunjukkan pada diagram di bawah ini (diagram ini diambil dari RFC 791):

Diagram 1: Kepala IP
Ruangan paling penting ialah Protocol, di mana ia menunjukkan sama ada paket tersebut jenis TCP, UDP atau lain-lain, Source IP Address, dan Destination IP Address.
Jika ruang Protocol mengatakan yang paket ini adalah dari jenis TCP, maka selepas dari kepala IP, akan diikuti dengan kepala TCP (TCP header) di mana bentuk kepala TCP adalah seperti berikut:

Diagram 2: Kepala TCP
Ruang paling penting ialah source port dan destination port, di mana ia menentukan kemana halatuju paket (atau datang dari mana, jika paket tersebut perlu dibalas). Sequence Number dan Acknowledgement Number digunakan untuk menyimpan paket mengikut urutan. ACK, SYN, RST, FIN (ditulis ke bawah) ialah bit yang digunakan untuk rundingan membuka (SYN) dan menutup (RST/FIN) sambungan.
Terdapat beberapa peralatan yang membolehkan anda melihat paket-paket keluar dan masuk dari sistem anda. Untuk melihat paket-paket ini, anda boleh menggunakan peralatan yang dipanggil 'penghidu paket' atau 'packet sniffers'. Contoh penghidu paket untuk Linux ialah seperti tcpdump manakala penghidu paket untuk Windows ialah seperti Netcap dan Ethereal.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar